suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Duit itu ditemui dalam perut ikan yang diperolehi Dylan ketika memancing.

REZEKI terpijak. Itulah yang dapat menggambarkan rezeki diperolehi seorang nelayan yang terjumpa sekeping wang kertas di dalam perut ikan diperolehinya.

Wang kertas 20 Dolar Australia (AUD) itu dilihat masih dalam keadaan baik.

Dylan Mizzi berkongsi penemuannya itu di dalam sebuah halaman Facebook dengan kapsyen 'Mind blown. No word of a lie'.

"Itu penemuan terbaik. Kamu boleh menikmati makan malam dan sebotol bir selepas itu." kata seorang netizen.

Namun ramai netizen menyifatkan gambar tersebut sebagai satu penipuan.

Tetapi Dr Richmond Loh yang mengendalikan saluran YouTube The Fish Doctor memberitahu Yahoo News bahawa bahagian badan ikan dimana wang itu ditemui adalah konsisten.

Malah dia berkata wang itu ditelan secara semulajadi. - Dailystar.co.uk

duit, perut ikan, Dolar Australia

Artikel Lain