suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gusi alami jangkitan, ibu anak dua menyesal jalani rawatan pemutihan gigi

Keadaan gusi Aoife Wills selepas dia menjalani rawatan pemutihan gigi.

SEORANG wanita berkongsi foto keadaan gusinya yang terkena jangkitan selepas menjalani rawatan pemutihan gigi.

Aoife Wills berkata, dia mengalami kecederaan itu selepas menggunakan satu produk pemutihan gigi menerusi rawatan di sebuah salun di County Monaghan, Ireland.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, gusinya mengalami luka seakan melecur pada Sabtu lalu.

Dia kemudiannya berkongsi hal itu menerusi laman Facebook sehingga menarik perhatian ramai.

Foto itu memaparkan gusinya yang berubah kehitaman seperti mengalami kudis.

Sejak kejadian itu, Aoife bertemu doktor gigi untuk mengubat luka berkenaan.

"Saya terpaksa jumpa doktor gigi dan menjalani imbasan X-Ray.

"Nasib baik gigi saya tak rosak. Tapi mereka tak pasti bila gusi saya akan sembuh," ujarnya.

Perkongsian wanita itu sehingga kini menerima lebih 2,000 perkongsian di Facebook. - Daily Star.

pemutih gigi, gusi, Aoife Wills

Artikel Lain