suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa rogol dibakar 5 lelaki, terpaksa berjalan jauh untuk minta bantuan

Beberapa penyiasat dirakam berada di lokasi kejadian.

SEORANG mangsa rogol melecur apabila dia dibakar oleh lima lelaki pada Selasa lalu.

Lebih pilu, dia yang melecur 90 peratus pada badannya terpaksa berjalan lebih satu kilometer untuk memohon pertolongan.

Kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Sindupur, India.

Sewaktu kejadian, mangsa berjalan kaki sebelum meminta bantuan seorang lelaki yang kebetulan berada di luar rumah.

Setibanya polis, mangsa yang mengalami kecederaan kritikal kemudiannya dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Magsa dilaporkan pernah dirogol pada Mac lalu dan pelakunya pula sudah dibebaskan dengan jaminan.

Dia pada Selasa lalu diserang lima lelaki sewaktu dalam perjalanan untuk pendengaran kes berkenaan di mahkamah.

Setakat ini, dua suspek serangan itu sudah ditahan pihak berkuasa. - India Today.

rogol, serangan, melecur, India

Artikel Lain