Hentak kucing teman wanita hingga mati, lelaki terima padah dipenjara enam tahun - Dunia | mStar

Hentak kucing teman wanita hingga mati, lelaki terima padah dipenjara enam tahun

Javontae dijatuhkan hukuman penjara enam tahun selepas mengaku bersalah menghentak kucing teman wanitanya sehingga mati. - Foto:Harris County District Attorney’s Office/Facebook

SEORANG lelaki yang menghentak kucing peliharaan teman wanitanya sehingga mati menerima padah apabila dihukum penjara selama enam tahun.

Javontae Isaiah Thrasher, 22, dijatuhkan hukuman pada Selasa selepas dia mengaku bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan itu awal tahun ini di Houston, Texas.

Pihak berkuasa berkata Thrasher dan teman wanitanya mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka pada 25 Januari lalu dan teman wanitanya itu cuba meninggalkan apartment bersama kucingnya.

Thrasher kemudian merampas kucing kucing tersebut dari tangan teman wanitanya dan menendangnya seperti bola sepak, satu saksi memberitahu penyiasat.

Menurut saksi itu, Thrasher terus menghentak kucing tersebut sehingga enam atau tujuh kali sebelum melemparkannya ke dalam tong sampah.

Thrasher ditangkap dan didakwa melakukan kekejaman terhadap haiwan, yang boleh membawa hukuman maksimum sepuluh tahun penjara.

Thrasher mengaku bersalah pada September. Dia sebelum ini pernah disabitkan kesalahan memukul neneknya yang berusia 72 tahun pada tahun 2016. - Metro.co.uk

kucing , hentak , teman wanita , penjara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain