Lelaki maut terjatuh dari bumbung ketika pasang lampu Krismas - Dunia | mStar

Lelaki maut terjatuh dari bumbung ketika pasang lampu Krismas

Gallegos (kiri) meninggal dunia selepas terjatuh daripada bumbung ketika sedang memasang lampu Krismas di sebuah rumah bersama anaknya. Foto: CBS DFW

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas terjatuh daripada bumbung ketika sedang memasang lampu Krismas di sebuah rumah bersama anaknya.

Ketika kejadian, Felipe Gallegos sedang menggantung lampu di atas bumbung sebuah rumah pelanggan mereka dengan anaknya yang berusia 17 tahun di Argyle, Texas, Sabtu lalu, untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Menurut isteri Gallagos, Alisha Flick, dia ketika itu berada di halaman rumah sebelum terdengar bunyi yang kuat.

“Dia berada di atas bumbung dan kemudian kami mendengar sesuatu,”kata balu Gallegos.

“Dia terbaring di atas konkrit sambil berkata ‘tolong saya, tolong saya’”.

Flick menelefon 911 serta-merta dan Gallegos dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan.

“Imbasan CAT mendapati dia mengalami retak pada tengkorak dan pendarahan di otak. Dan kemudian dia mengalami patah tulang di bahagian dada. Pasukan perubatan bergegas menjalankan pembedahan kecemasan tetapi dia tidak berjaya melaluinya,”kata Flick sambil menangis.

Satu kempen GoFundMe untuk membantu Flick dan anaknya selepas kematian Gallegos telah berjaya mengutip kira-kira $ 50,000 (RM 208,725.00) dari hampir 500 penderma. - ABC News

Krismas , lampu , bumbung

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain