suria

Dijangkiti virus ‘Monkeypox’ selepas berkunjung ke Nigeria

Gambar salah seorang pesakit yang mengalami jangkitan virus Monkeypox, di mana ia banyak dilaporkan di Afrika. Foto: Mikimedia Common

SEORANG individu di England disahkan menghidap jangkitan virus yang jarang-jarang berlaku, dikenali sebagai cacar monyet atau ‘monkeypox’, kata Public Helath England (PHE).

Pesakit dipercayai mendapat jangkitan virus berkenaan ketika melawat Nigeria.

Dia sedang menerima rawatan di Guy's and St Thomas NHS Foundation Trust di London.

Kenalan rapat pesakit, termasuk yang mengembara bersama dengan mereka dalam penerbangan dari Nigeria ke UK, sedang dihubungi.

PHE berkata ‘monkeypox’ adalah jangkitan virus yang jarang berlaku dan tidak mudah tersebar di antara manusia dan risiko kepada orang awam di England sangat rendah.

“Ini biasanya penyakit yang membatasi diri dan kebanyakan orang sembuh dalam masa beberapa minggu.

“Bagaimanapun, keadaan teruk boleh berlaku pada sesetengah individu.”

PHE berkata pesakit itu tinggal di selatan-barat England sebelum dipindahkan ke pusat rawatan Guy's and St Thomas.

PHE berkata ia sedang bekerjasama dengan NHS untuk melaksanakan prosedur kawalan jangkitan pantas, termasuk menghubungi orang yang mungkin bersentuhan dengan individu terbabit.

Kebanyakan kes virus 'monkeypox' dilaporkan di Afrika. - Metro.co.uk

monkeypox, cacar monyet, England, Nigeria

Artikel Lain