suria

Pernah rakam video bogel ibu, pemuda ditahan kerana curi kereta pula

Jonathin yang sebelum ini pernah ditahan kerana merakam video bogel ibunya, kini ditahan lagi sekali kerana mencuri ibunya. Foto: Wichita Falls Police Department

SEORANG lelaki yang sebelum ini ditahan kerana merakam dan mengedarkan video bogel ibunya, kini didakwa pula dengan pertuduhan mencuri kereta milik wanita itu.

Jonathin Helms, 32, ditahan pagi Jumaat lalu di Jalan Longview di Wichita Falls, Texas ketika mengambil kereta ibunya untuk meronda-ronda.

Ibunya memberitahu polis bahawa dia meninggalkan kunci kereta di kaunter sebelum mendapati keretanya hilang.

Ketika ditahan polis, Helms memberitahu bahawa dia menggunakan kereta itu untuk pergi melawat rakannya.

Ibunya memberitahu polis bahawa dia sebelum ini membenarkan anaknya memandu kereta, tetapi tidak lagi berbuat demikian selama lebih daripada dua tahun - selepas anak lelakinya itu merakam gambar bogelnya di dalam tab mandi.

Helms ditangkap pada 2017 ekoran tindakan tidak bermoralnya dan didakwa mempromosikan bahan lucah.

Dia dijatuhi hukuman maksimum penjara selama 12 hari, walaupun tidak jelas sama ada dia menjalani hukuman itu.

Rekod mahkamah menunjukkan ibunya telah diberi perintah perlindungan pada tahun 2017. - Metro.co.uk

gambar bogel, ibu, curi, kereta, rakam

Artikel Lain