suria

Budak 2 tahun maut tertembak diri sendiri dengan pistol ibu

Pistol milik ibunya yang meragut nyawa Lokhi.

SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas tertembak dirinya dengan senjata api milik ibunya yang disangka pistol air.

Lokhi Bloom, 2, maut serta merta di kediamannya di Colorado Springs pada Oktober 2018 selepas memasukkan pistol itu ke dalam mulutnya sendiri.

Susulan itu, ibunya Melissa Michelle Adamson dihukum penjara 24 tahun pada Isnin atas kecuaiannya sehingga menyebabkan kematian Lokhi.

Lokhi suka bermain dengan pistol air dan dipercayai tersilap ambil pistol berwarna merah jambu milik ibunya.

Melissa yang berada di bawah pengaruh dadah memberitahu polis dia memasukkan peluru ke dalam pistolnya itu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sering menerima ancaman daripada seorang peniaga dadah dikenali sebagai Beast.

Lokhi (kanan) maut serta-merta di lokasi kejadian.

Wanita berusia 33 tahun itu tidak tahu apa yang berlaku ketika jadian menimpa anaknya.

Namun dia menyalahkan bapa Lokhi yang kini menetap di Chicago kerana insiden itu.

Melissa berkata dia meninggalkan pistol itu di pejabatnya sebelum pergi ke garaj untuk menghubungi adiknya.

Dia kemudian terdengar bunyi tembakan dan mendapati Lokhi dalam keadaan berlumuran darah.

Usaha untuk menyelamatkan Lokhi tidak berjaya dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Metro.co.uk

pistol air, maut, tertembak

Artikel Lain