suria

Tapak tangan terbelah gara-gara terkena mata pisau cukur tersembunyi pada troli

Tangan seorang ibu, Silver Taylor, terbelah gara-gara terkena mata pisau cukur yang dilekatkan pada sebuah troli di sebuah pasaraya. Foto: CBS News

PENGUNJUNG sebuah pasaraya diberi peringatan untuk memeriksa troli mereka terlebih dahulu, selepas insiden membabitkan seorang pelanggannya tercedera gara-gara terkena mata pisau cukur yang tersembunyi pada troli.

Mangsa yang merupakan seorang ibu, Silver Taylor mengalami luka di telapak tangannya dengan darah tidak henti-henti mengalir selepas terpegang pemegang troli di Texas Walmart.

Dalam satu gambar yang dimuat naik, kelihatan telapak tangan Taylor terbelah gara-gara terkena mata pisau cukur yang dilekatkan pada pemegang troli.

Susulan kecederaan tersebut, Taylor menuntut ganti rugi dan permohonan maaf daripada pasaraya tersebut.

Taylor dikhabarkan hanya menyedari tangannya terluka selepas dua pengunjung lain di hadapannya menegur dan mengatakan tangannya sedang berdarah.

Menurut peguamnya, Brad Wurster, Taylor pengsan gara-gara kehilangan darah yang banyak.

Wanita itu dirawat di Hospital St David.

Taylor berkata: “Betapa bersyukurnya saya apabila saya yang terkena, bukan kanak-kanak, misalnya anak lelaki saya” - Dailystar

Artikel Lain