suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli permainan untuk acara baby shower, wanita terkejut terima senapang dalam kotak

Selaras senapang yang diterima Veronica tempoh hari. FOTO: Veronica Alvarez-Rodriguez / Facebook.

SEORANG wanita terkejut apabila menerima selaras senapang dalam kotak permainan yang dibelinya di sebuah gudang di Indiana, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.

Veronica Alvarez-Rodriguez berkata, dia membeli barang permainan untuk dihadiahkan sempena satu acara baby shower.

Wanita itu langsung tidak menyedari hal berkenaan sehinggalah dia memberi hadiah tersebut kepada rakannya.

"Kamu bagi saya senapang," ujar rakannya sewaktu majlis berkenaan.

Ujar Veronica, situasi itu cukup mengejutkan, namun ia turut menjadi jenaka dalam kalangan tetamu lain.

Mereka kemudiannya menghubungi polis untuk memeriksa senjata berkenaan.

Berkongsi kisah itu di Facebook, Veronica berkata, senjata itu kini dirampas pihak berkuasa dan mereka sedang melakukan siasatan mengenainya. - Daily Star.

senjata, hadiah, baby shower

Artikel Lain