suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengguna Google Maps terkejut temui bangkai kapal seakan Titanic di perairan Jepun

Imej bangkai kapal yang dikesan dalam Google Maps.

SEBUAH bangkai kapal yang menyerupai Titanic dikesan di perairan Jepun menerusi satu video tular, baru-baru ini.

Ia dikesan di sekitar pelabuhan Pulau Oshima oleh pengguna laman Google Maps.

Bangkai kapal itu kelihatan di bawah permukaan air, berdekatan dengan beberapa bot lain.

Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke laman Reddit dan menerima tontonan yang cukup tinggi.

"Saya sudah semak Google Maps. Ia memang ada di situ.

"Apa yang sedang berlaku dalam video ini," tulis beberapa pelayar internet.

Namun, ada juga yang beranggapan ia sekadar kesilapan teknikal dalam laman web itu sahaja. - Daily Star.

Artikel Lain