suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dianggap mencemarkan pandangan mata, maskot berbentuk zakar diusir sewaktu kempen cegah HIV

Maskot ini dikesan berada di sebuah jalan di Tehuacan, Puebla, Mexico. FOTO: CEN/Regiduria Medio Ambiente Tehuacan.

SATU maskot berbentuk kemaluan lelaki menjadi tarikan dalam satu kempen pencegahan HIV.

Sewaktu kempen berlangsung di sebuah jalan di Tehuacan, Puebla, Mexico, kehadiran maskot berkenaan bagaimanapun tidak disenangi semua pihak.

Dianggap mencemarkan permandangan, maskot itu diusir dari lokasi berkenaan tidak lama kemudian.

Menurut laporan, orang awam di lokasi itu memohon maskot tersebut diusir kerana menganggap ia tidak sopan dan sensitif.

Ia bagaimanapun menerima reaksi berbeza di internet apabila ramai yang memberi respon positif.

Maskot itu dimiliki oleh sebuah kedai barangan seks, Exxotica yang sebelum ini turut digunakan dalam kempen pencegahan HIV dan STD.

Dalam satu foto tersebar, seorang kanak-kanak kelihatan sedang bersalaman dengan maskot berbentuk zakar itu. - Daily Star.

maskot zakar, kempen, HIV, STD

Artikel Lain