suria

Letupan Bangkok: Polis Thailand Edar Lakaran Wajah Suspek

BANGKOK: Polis Thailand pada Rabu mengeluarkan satu lakaran terperinci suspek yang disyaki sebagai pengebom yang dilihat pada rakaman litar tertutup CCTV sebelum ini.

Menerusi lakaran berkenaan, suspek digambarkan berkulit cerah, sedikit berjambang, rambut hitam dan berkaca mata.

Sehingga kini identiti lelaki berkenaan masih belum dikenal pasti.

Insiden di daerah Ratchaprasong itu mengorbankan lebih 20 orang dan lebih 120 cedera.

Bangkok

Artikel Lain