suria

18 Militan Terbunuh Dalam Serangan Udara Tentera Pakistan

ISLAMABAD: Seramai 18 ahli kumpulan militan terbunuh selepas tentera Pakistan melancarkan serangan udara di sempadan Afghanistan dalam satu operasi besar-besaran pada Selasa.

Serangan di sekitar Waziristan itu dilakukan oleh tentera sejak Jun tahun lalu sebagai usaha memerangi pengganas.

"Seramai 18 militan terbunuh dan kawasan persembunyian mereka turut musnah dalam serangan udara itu," kata tentera dalam satu kenyataan.

Zon koflik itu merupakan kawasan larangan untuk wartawan dan pihak berkuasa. Keadaan itu menimbulkan kesukaran untuk mengetahui jumlah kematian sebenar.

Menurut tentera lagi, seramai 2,800 militan telah dibunuh sejak mereka melancarkan operasi itu.


Pakistan, Waziristan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain