suria

TNT Jenis Bom Digunakan Dalam Letupan Bangkok

BANGKOK: Pihak berkuasa masih lagi menunggu keputusan ujian makmal sebelum mengesahkan jenis bom yang digunakan dalam serangan berdarah di Bangkok pada Isnin lalu.

Ujian itu bagi mengenal pasti jenis serbuk letupan yang ditemui di tisu dan pakaian mangsa," kata sumber.

"Dari situ, kita boleh mengesan tanda bahan letupan."

Kerajaan menyifatkan insiden letupan bom pada Isnin lalu merupakan serangan terburuk di Thailand.

Insiden letupan di Persimpangan Ratchaprasong di Kuil Erawan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.

Menurut sumber, terdapat kemungkinan besar bahawa bom yang digunakan dalam serangan pada Isnin lalu adalah bahan letupan jenis TNT.

"Ia mudah terbakar dan menyebabkan kemusnah teruk," katanya. - The Nation/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Lain