suria

Gunung Berapi Kelud Meletus, 200,000 Dipindahkan

Gunung Berapi Kelud mengeluarkan lava pada Khamis sehingga memaksa 200,000 penduduk dipindahkan
Gunung Berapi Kelud mengeluarkan lava pada Khamis sehingga memaksa 200,000 penduduk dipindahkan
Gunung Berapi Kelud mengeluarkan lava pada Khamis sehingga memaksa 200,000 penduduk dipindahkan

PULAU JAWA: Seramai 200,000 penduduk Kepulauan Jawa, Jawa Timur terpaksa dipindahkan selepas Gunung Berapi Kelud mengeluarkan abu panas dan hujan batu.

Ketua Agensi Pemantau Gunung Berapi Indonesia, Muhammad Hendrasto berkata, Gunung Kelud yang terletak di Kabupaten Kediri meletus pada Khamis selepas 90 minit pihak berkuasa mengeluarkan arahan kecemasan.

Tidak ada laporan kemalangan jiwa setakat ini lapor Jakarta Pos. Sehubungan itu Hendrasto meminta 200,000 penduduk di 36 kampung yang terletak dalam lingkungan 10 kilometer dari gunung berkenaan supaya berpindah.

"Gunung itu telah memuntahkan lava manakala hujan batu telah dikesan jatuh di sesetengah kawasan.

"Kami bimbang hujan batu itu membahayakan penduduk yang sedang berpindah," katanya.

Sejak Khamis satu siri letupan dilaporkan telah berlaku sehingga menimbulkan suasana panik terhadap penduduk kampung yang kemudiannya berpindah ke kawasan lebih selamat.

Pada tahun 1990, Kelud pernah memuntahkan lava dan abu serta asap panas sehingga mengorbankan lebih 30 orang manakala beratus-ratus lagi cedera.

Awal bulan ini, Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara yang meletus turut mengorbankan seramai 16 penduduk selepas pihak berkuasa membenarkan ribuan penduduk kampung pulang kerana menjangkakan keadaan telah pulih.

Artikel Berikut

Artikel Lain