BANGKOK: Seorang pemimpin penunjuk perasaan anti-kerajaan Thailand ditembak mati pada Ahad ketika sedang memberi ucapan, sementara beberapa lagi peserta mengalami kecederaan, kata jurucakap pergerakan itu.
"Suthin Taratin ditembak di kepala ketika sedang memberi ucapan dari sebuah trak pick-up," kata Akanat Promphan dalam satu sidang akhbar.
Pusat Kecemasan Erawan Bangkok mengesahkan mengenai kematian itu dan menyatakan sembilan yang lain mengalami kecederaan dalam kejadian tembakan yang berlaku di pinggir bandar raya itu. AFP


