suria

Lima Maut Serangan Berani Mati Di Kaherah

KAHERAH: Lima terkorban dalam serangan berani mati di hadapan Ibu Pejabat Polis Kaherah di ibu negara Mesir pada Jumaat menjelang sambutan ulang tahun kejatuhan bekas Presiden, Hosni Mubarak.

Serangan itu berlaku sehari sebelum sambutan berkenaan ketika anggota polis mula ditempatkan di seluruh negara.

Dalam serangan pertama, pengebom berani mati itu merempuh pagar dengan sebuah kereta yang mengandungi bahan letupan pada kira-kira pukul 6.15 pagi waktu tempatan.

Insiden tersebut meragut empat nyawa dan mencederakan lebih daripada 70 orang, kata pegawai polis dan pegawai dari Kementerian Kesihatan.

Kesan letupan itu turut merosakkan Muzium Kesenian Islam yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian.

Sejam kemudian, satu lagi bom diletupkan menggunakan alat peranti kecil yang diletakkan berdekatan kenderaan polis hingga membunuh seorang anggota keselamatan itu.

Siri pengeboman berterusan di luar sebuah balai polis yang terletak di tepi jalan menuju ke piramid Giza.

Bagaimanapun tiada sebarang keceraan dilaporkan. AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain