suria

Syarikat Penerbangan Jepun, ANA Mohon Maaf Kerana Iklan Rasis

TOKYO: Syarikat penerbangan Jepun All Nippon Airways (ANA) memohon maaf secara terbuka kepada pelanggan yang membuat aduan mengenai iklan berbaur perkauman.

Iklan ANA itu mula ditayangkan di media elektronik pada Sabtu bertujuan mempamerkan mengenai peningkatan jadual penerbangan mereka.

Syarikat penerbangan Jepun ANA Isnin meminta maaf secara individu kepada pelanggan yang membuat aduan mengenai stereotaip perkauman dalam iklan, pihak ANA bagaimanapun belum membuat keputusan sama ada iklan itu perlu tarik balik.

Iklan itu menggunakan bahasa inggeris dan menyebabkan kekecohan di kalangan pengguna.

Jurucakap ANA berkata syarikat penerbangan itu menerima panggilan daripada pelanggan kebanyakannya warga asing mengadu tentang iklan tersebut.

“Kami memohon maaf kepada semua pelanggan tentang iklan itu yang menyebabkan perasaan tidak selesa dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang isu ini,” katanya.

Artikel Lain