suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Maut Dalam Rempuhan Di India

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam kejadian rempuhan di sini apabila ketika orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang pemimpin Islam, lapor agensi berita Press Trust of India.

Selain itu dilaporkan 40 yang lain turut tercedera dalam kejadian yang berlaku di di rumah Syedna Mohammed Burhanuddin, yang meninggal dunia pada usia 102 tahun Jumaat lalu.

Buhranuddin yang akan meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-103 dalam beberapa minggu lagi meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya.

Beliau adalah seorang pemimpin masyarakat Dawoodi Bohra.

Walaupun tidak jelas dengan punca berlakunya kejadian rempuhan itu, namun kejadian itu kerap berlaku di India ekoran kelemahan pihak berkuasa mengawal keadaan. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain