suria

Tempoh Tahanan Pasangan Malaysia Di Sweden Dilanjutkan Dua Minggu

Azizul Raheem
Azizul Raheem
Azizul Raheem

PETALING JAYA: Tempoh penahanan pasangan warga Malaysia di Sweden sejak sebulan lalu kerana mendera empat anaknya akan disambung selama dua minggu lagi sebelum kes mereka di bawa ke mahkamah.

Pengawai Pelancongan Malaysia di Stockholm, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Nurshal yang merupakan seorang guru terpaksa mengambil cuti tanpa gaji apabila ditahan kerana memukul anak mereka yang enggan bersolat.

Astro Awani melaporkan, pasangan berusia awal 40 tahun itu ditahan pada 18 Disember sebelum tempoh penahanan mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula Khamis.

Sistem penahanan suspek di Sweden tidak membenarkan ikat jamin dibuat sehingga kes diselesaikan di mahkamah.

Bagaimanapun, mereka mungkin dilepaskan oleh mahkamah sekiranya suspek tidak berisiko untuk meninggalkan negara itu.

Setakat ini tiada tuduhan dikenakan terhadap pasangan terbabit dan mereka juga tidak dibenarkan berjumpa anak-anak yang kini menumpang di rumah keluarga angkat yang bukan beragama Islam.

Sumber terdekat dengan keluarga tersebut memberitahu The Star, seorang daripada kanak-kanak lelaki itu telah dipukul di tangan selepas enggan bersolat.

Katanya, kanak-kanak itu itdak mengalami sebarang kecederaan akibat dipukul.

"Kejadian itu telah disedari oleh guru kanak-kanak terbabit selepas dia didapati muram ketika berada di sekolah.

“Guru lelaki tersebut kemudianya membuat laporan mengenainya dan kesemua empat kanak-kanak berkenaan telah diberi perlindungan sementara keluarga mereka ditahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain