suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Presiden Perancis Keluar Hospital

PARIS: Pasangan kepada Presiden Francois Hollande, muncul pada Sabtu selepas seminggu dimasukkan ke hospital ketika pemimpin Perancis berkenaan berdepan panggilan untuk membersihkan kehidupan peribadinya selepas hubungan sulitnya dengan seorang pelakon telah didedahkan kepada awam.

Wanita Pertama, Valerie Trierweiler meninggalkan hospital Paris untuk ke kediaman presiden di Versailles, di mana beliau telah dimasukkan ke situ pada 10 Januari lalu akibat keletihan saraf dan tekanan darah rendah, sumber di pejabat beliau memberitahu AFP.

Dalam komen awam pertamanya sejak skandal Hollande diperkatakan, Trierweiler menulis tweet mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.

"Terima kasih ikhlas dari hati saya untuk semua yang menghantar mesej sokongan...saya sangat tersentuh," beliau menulis menggunakan akaun peribadinya dan bukan akaun Twitter rasmi beliau.

Kebimbangan memuncak terhadap Trierweiler, 48, selepas beliau jatuh sakit berikutan pendedahan mengenai Hollande, 59, yang mempunyai hubungan sulit dengan pelakon berusia 41 tahun Julie Gayet.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain