15 Pelancong Maut Akibat Pengebom Berani Mati Di Kabul - Dunia | mStar

15 Pelancong Maut Akibat Pengebom Berani Mati Di Kabul

Kakitangan perubatan mengangkat seorang daripada 15 mangsa yang terkorban dalam serangan pengebom berani mati di Kabul Jumaat
Kakitangan perubatan mengangkat seorang daripada 15 mangsa yang terkorban dalam serangan pengebom berani mati di Kabul Jumaat

KABUL: Seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya di luar sebuah restoran yang menyebabkan hampir 15 orang yang terbunuh di Kabul, Afghanistan pada Jumaat.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata wakilnya di Afghanistan juga turut terbunuh dalam serangan itu.

Serangan itu berlaku apabila mereka sedang menikmati makan malam yang turut menmpatkan ahli-ahli perniagaan Afghanistan.

Namun, terdapat tembakan berterusan selama 20 minit selepas letupan dan jalan utama di kawasan itu seperti di kepung.

Sumber memberitahu, suspek yang melakukan serangan merupakan dua lelaki bersenjata.

Pelancong asing yang cedera itu dibawa ke kem tentera antarabangsa di timur Kabul.

Jurucakap polis Hashmat Stanekzai berkata operasi membersihkan latupan di restoran itu giat dijalankan.

"Pasukan keselamatan kami tidak berada di dalam restoran itu lagi dan kami perlu bertindak dengan berhati-hati untuk mengelakkan serangan daripada pemberontak," katanya.

Artikel Sebelum

Pasangan Presiden Perancis Keluar Hospital

Artikel Berikut

18 Maut Dalam Rempuhan Di India

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Suspek samun stesen MRT dikenal pasti

Nala ucap selamat tinggal kepada Sala