suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

28 Cedera Letupan Bom Dalam Perarakan Di Bangkok

BANGKOK: Satu letupan bom tercetus ketika perarakan anti -kerajaan di ibu negara Thailand, Jumaat, berlangsung, mencederakan sekurang-kurangnya 28 orang, menurut pegawai.

Ia adalah yang terbaru dalam siri serangan oleh penyerang yang tidak dikenali terhadap penunjuk perasaan yang mahu menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Menurut pergerakan bantahan, letupan itu berlaku beberapa minit ketika pemimpin perhimpunan Suthep Thaugsuban dijangka berarak melalui tempat kejadian.

"Bom itu meletup kira-kira 30 meter (100 kaki) dari Suthep dan kemudian pengawal peribadi mengiringi beliau kembali ke pentas perhimpunan," kata jurucakap Akanat Promphan kepada AFP.

Siaran televisyen menunjukkan beberapa orang sedang terbaring di atas tanah manakala ambulans bergegas ke tempat kejadian.

Penunjuk perasaan dilihat mencari penyerang di bangunan berhampiran.

Polis sedang menyiasat jenis bahan letupan menyebabkan letupan.

Seorang pegawai pusat kecemasan Erawan di bandar ini berkata 28 orang cedera dalam letupan itu, tanpa memberi butir-butir kecederaan.

Artikel Berikut

13 Maut Dalam Banjir Di Indonesia

Artikel Lain