suria

Dua Cedera Tembakan Dilepaskan Dalam Demonstrasi

BANGKOK: Dua orang cedera dalam insiden tembakan yang berlaku berdekatan lokasi perhimpunan di ibu negara ini, pada Rabu.

Beberapa pemimpin pembangkang berarak di sekitar bandar dalam cubaan untuk menggulingkan Perdana menteri Yingluck Shinawatra.

Penunjuk perasaan mahu Perdana Menteri itu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada "Majlis rakyat" yang akan menyelia reformasi pilihan raya untuk membendung dominasi politik keluarga Yingluck.

Seorang lelaki dan seorang wanita yang mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke hospital selepas tembakan dilepaskan ke arah peserta demonstrasi, lewat malam Selasa.

Kedua-dua mangsa dibenarkan keluar hospital pada malam Selasa.

Laporan media tempatan berkata, mangsa yang cedera itu merupakan seorang pemungut sampah dan seorang peserta demonstrasi.

Rakaman yang disiarkan di televisyen menunjukkan beberapa das tembakan dilepaskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Beberapa mangsa termasuk seorang anggota polis maut dalam insiden itu sejak demonstrasi bermula lebih dua bulan lalu.

Pada lewat malam Selasa, sejenis bahan letupan dilemparkan ke rumah keluarga ketua pembangkang, Abhisit Vejjajiva, yang juga bekas Perdana Menteri Thailand.

Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Parti Demokrat yang diterajui Abhisit memboikot pilihan raya yang ditetapkan oleh Yingluck pada 2 Februari depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain