suria

Letupan Loji Di Jepun, Lima Dikhuatiri Maut

TOKYO: Lima orang dikhuatiri maut dalam letupan di sebuah loji kimia Mitsubishi Material Corp di barat Jepun pada Khamis.

Jurucakap jabatan bomba di Yokkaichi, belum dapat mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun, beliau berkata, 17 orang mengalami kecederaan di mana lima daripada berada dalam keadaan kritikal.

Tiada butiran lanjut mengenai letupan itu sehingga kini.

Seorang pegawai di Mitsubishi Materials berkata, syarikat tersebut masih mengumpul maklumat mengenai insiden itu.

Api bagaimanapun berjaya dipadamkan beberapa jam kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain