suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Miss Venezuela Mati Ditembak

CARACAS: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang ratu cantik Miss Venezuela dan temannya yang merupakan anak kelahiran British.

Kejadian tembakan tersebut berlaku di hadapan anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun, kata pihak berkuasa.

Monica Spear, 29, seorang bintang drama bersiri, dan Thomas Henry Berry, 39, mati ditembak dalam satu kejadian rompakan apabila kereta mereka rosak di lebuh raya di barat laut Venezuela pada lewat malam Isnin, waktu Venezuela, kata pihak polis dan pendakwa raya.

Anak perempuan kepada pasangan itu, Maya Berry Spear, mengalami kecederaan di kaki kanan tetapi berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan perubatan.

Seramai lima individu ditahan dan disiasat kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kes bunuh itu, kata Menteri Dalam Negeri, Miguel Rodriguez. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain