suria

Spesis Dinasor Pertama Kali Dikesan Di Semenanjung Arab

STOCKHOLM: Sekumpulan pakar paleontologi antarabngsa buat pertama kali mengesan spesis dinasor yang pernah hidup di semenanjung Arab, kata ahli sains Sweden pada Selasa.

Kumpulan penyelidik itu menemui gigi dan tulang-tulang yang berusia 72 juta tahun di barat laut Arab Saudi di sepanjang Laut Merah, kata Universiti Uppsala dalam satu kenyataan.

Ia kini adalah sebuah gurun, tetapi pada masa itu ia merupakan pantai di pantai Afrika, di mana sebahagian besar tanah Arab di bawah paras laut.

Manakala ranga lain adalah ekor ruas tulang belakang titanosaurid sauropod yang merupakan haiwan herbivor yang mungkin bersaiz lebih 20 meter, dan gigi itu adalah abelisaurid haiwan karnivor yang berukuran enam meter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain