suria

Serangan Taliban Di Istana Presiden Afghanistan

KABUL, Afghanistan: Taliban berkata, mereka mengadakan serangan di salah satu kawasan paling selamat di Afghanistan menerusi serangan berani mati, yang merupakan siri letupan untuk menempuh istana presiden.

Asap berkepul-kepulu dilihat dari pintur sebalah timur istana itu pada awal Selasa selepas banyak letupan dilakukan dan insiden tembakan api selama 45 minit.

Taliban dengan segera menghantar mesej dengan kenyataan yang mengatakan “kami membawa kematian kepada musuh.”

Istana itu merupakan kawasan kubu kuat di pusat bandar Kabul yang turut termasuk Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan ibu pejabat pasukan tentera perikatan Nato.

Para pemberita berkumpul untuk satu majlis bersama dengan Presiden, Hamid Kardzai, yang didapati sekurang-kurangnya tujuh atau lapan letupan berlaku bermula pukul 6.30 pagi (waktu Afghanistan). - AP

Artikel Lain