suria

Mandela Dalam Keadaan Kritikal

Nelson Mandela
Nelson Mandela
Nelson Mandela

JOHANNESBURG: Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, 16 hari selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.

"Keadaan Mandela yang masih berada di hospital di Pretoria semakin kritikal," kata jurucakap presiden Afrika Selatan, Mac Maharaj.

Terdahulu keadaan kesihatan Mandela, 94, serius tetapi dilaporkan stabil.

Namun selepas lebih hampir dua minggu menjalani rawatan intensif di Hospital Jantung Mediclinic di Pretoria, keadaan kesihatannya semakin serius sepanjang minggu ini.

Presiden Jacob Zuma melawat Mandela pada petang Ahad dan dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaan bekas presiden itu kritikal dalam tempoh 24 jam lalu.

Artikel Lain