suria

Jerebu di Singapura Berkurangan, IPU Menurun Kepada 85

SINGAPURA: Jerebu di Singapura berkurangan pada Sabtu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) turun kepada 85 pada pukul 4 petang, kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Bacaan itu menunjukkan paras pencemaran sederhana dan yang terendah sejak Khamis. Pada 11 pagi tadi, IPU berada pada paras sangat tidak sihat iaitu 322, sebelum turun secara beransur-ansur.

IPU mencapai paras bahaya 401 pada tengah hari Jumaat, yang merupakan paras tertinggi baharu.

Hujung minggu lepas, NEA meramalkan keadaan berjerubu akan berterusan berikutan cuaca kering dan angin yang terus bertiup dari arah barat daya atau barat.

Tiupan angin itu membawa bersamanya jerebu tebal ke republik ini akibat kebakaran di wilayah tengah Sumatera. -BERNAMA

Artikel Lain