suria

China Naikkan Harga Bahan Api Kali Ketiga Tahun Ini

BEIJING: China akan menaikkan harga petrol dan diesel runcitnya masing-masing sebanyak 100 yuan (US$16.16) setan metrik dan 95 yuan (US$15.35) setan metrik, berkuat kuasa Sabtu ini, demikian umum National Development and Reform Commission (NDRC) pada Jumaat.

Dengan kenaikan itu, kali ketiga tahun ini, harga bagi petrol dan diesel akan meningkat masing-masing sebanyak 0.07 yuan seliter dan 0.08 yuan seliter, kata agensi perancangan ekonomi itu.

Harga runcit petrol dan diesel kali terakhir diselaraskan NDRC pada 6 Jun, mengurangkannya masing-masing sebanyak 95 yuan setan metrik dan 90 yuan setan metrik, bermula 7 Jun.

Di bawah mekanisme penetapan harga bahan api semasa China, NDRC boleh melaraskan harga petrol dan diesel apabila kumpulan harga minyak antarabangsa berubah sebanyak lebih 4 peratus bagi tempoh 10 hari bekerja.

China mengurangkan tempoh pelarasan bagi harga bahan api kepada tempoh 10 hari bekerja daripada 22 hari sejak Mac. -BERNAMA

Artikel Lain