suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Singapura Diingat Berjaga-Jaga Sekiranya Jerebu Kembali Melanda

SINGAPURA: Walaupun kualiti udara bertambah baik dan langit cerah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengingatkan rakyat supaya berada dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya jerebu kembali melanda.

Dalam posting di facebook beliau, Lee berkata: "Bersiar-siar di Labrador Park petang ini (Sabtu).

"Bertemu keluarga-keluarga yang menikmati suasana langit cerah, termasuk diri ini. Diharapkan keadaan udara segar ini berkekalan, tetapi perlu bersiap sedia sekiranya jerebu kembali melanda," katanya.

Sementara itu, Agensi Alam Sekitar Negara (NEA) berkata bandar raya ini bebas daripada jerebu teruk berikutan perubahan tiupan angin.

Setakat tengah hari Ahad, bacaan Indeks Pencemaran Standard (PSI) bagi tempoh tiga jam ialah 83 manakala bacaan PSI bagi tempoh 24 jam lepas ialah antara 88-98.

Kualiti udara dikategori "berbahaya" apabila indeks PSI melebihi 300, manakala bacaan antara 101 dan 200 adalah tidak sihat. Apabila bacaannya di bahawa 100, orang ramai boleh melakukan aktiviti luaran. - BERNAMA

Artikel Lain