suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Maut, Ramai Dikhuatiri Terperangkap Bangunan Runtuh Di Mumbai

MUMBAI: Sekurang-kurang 10 maut dan ramai mangsa dikhuatiri terperangkap selepas bangunan kediaman tiga tingkat di pinggir Mumbai runtuh pada Jumaat.

"Dua orang mati, seorang bayi perempuan berusia dua bulan dan seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Ramai mangsa dipercayai terperangkap di dalam bangunan dan operasi mencari sedang dijalankan," kata jurucakap perbadanan pihak berkuasa tempatan Thane, Sandeep Malvi.

Sandeep berkata, punca kejadian bangunan kediaman yang dibina pada 1969 itu runtuh masih belum dapat dipastikan.

Menurutnya, seramai 12 mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Insiden tersebut berlaku di daerah Thane, kira-kira 35 kilometer dari tengah Mumbai, berdekatan satu blok bangunan yang pernah runtuh pada April lalu sehingga mengorbankan 74 orang.

Artikel Lain