suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CNB Singapura Rampas 1.9 Kg Heroin Bernilai S$201,000

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) merampas 1.9kg heroin, dianggarkan bernilai lebih S$201,000 dalam operasi di sini pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa itu berkata pada Khamis pegawai CNB mendapat maklumat mengenai suspek pengedar dadah, dipercayai memiliki sejumlah besar dadah diperoleh daripada sindiket dadah negara jiran.

Pegawai CNB mengesan suspek pengedar dadah itu dan dua rakannya dalam sebuah kereta di kawasan Marina dan menahan ketiga-tiga lelaki itu.

Heroin itu ditemui di lantai tempat duduk penumpang hadapan kereta itu, dan tempat letak barang di pintu pemandu yang kesemuanya seberat kira-kira 965 gram.

Serbuan susulan di tempat persembunyian suspek pengedar dadah itu di kawasan Commonwealth, pegawai CNB menemui 950 gram heroin disorok dalam bilik tidur.

Alat untuk membungkus dadah turut ditemui. Secara keseluruhannya, pegawai CNB merampas kira-kira 1.9kg heroin bernilai lebih S$201,000.

Ketiga-tiga suspek warga Singapura itu berumur antara 40 hingga 53 tahun, disiasat bagi pengedaran dadah. -BERNAMA

Artikel Lain