suria

120 Terbunuh Banjir Kilat Landa Utara India

DEHRADUN (India): Sekruang-kurangnya 120 terbunuh manakala ribuan penduduk terkandas berikutan banjir kilat melanda utara India.

Helikopter tentera digunakan untuk mengedar bekalan makanan kecemasan kepada penduduk yang terbabit.

Negeri Uttarakhand dan Himachal Pradesh mengalami hujan lebat sekurang-kurangnya tiga kali lebih lebat berbanding minggu lalu apabila monsun tahunan berlaku lebih awal daripada jadual.

Beribu rumah dihanyutkan air deras dan pihak berkuasa menggunakan helikopter untuk memindahkan penduduk.

"Sekurang-kurangnya 120 orang terkorban. Kerajaan negeri dan tentera cuba untuk menyelamatkan beribu-ribu pelancong yang terkandas berhampiran lokasi pelancongan di sini," kata Menteri Bantuan Bencana, Jaspal Arya. AFP

Artikel Lain