Kualiti Udara Di Singapura Semakin Baik

SINGAPURA: Kualiti udara di Singapura terus bertambah baik sejak malam Sabtu dan keadaan ini kekal sehingga pagi Isnin.

Setakat 9 pagi, bacaan Indeks Pencemaran Standard (PSI) bagi tempoh tiga jam ialah 47 manakala bacaan PSI bagi tempoh 24 jam lepas ialah antara 60-96, menurut Agensi Alam Sekitar Negara (NEA).

Bagaimanapun, rakyat Singapura diberi amaran supaya berhati-hati bahawa jerebu boleh kembali kerana musim kering, sementara kerajaan terus berusaha mencari penyelesaian mengatasi gejala itu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa lebih banyak tempat berlindung jerebu yang mempunyai pendingin hawa akan diwujudkan bagi kemudahan orang ramai di persatuan penduduk dan kelab masyarakat.

Pada Ahad, selepas mengadakan dialog dengan penduduk di Ang Mo Kio, Lee mengedarkan topeng muka N95 kepada penduduk berhampiran.

Lee berkata kerajaan memberikan satu juta topeng untuk keluarga berpendapatan rendah.

Beliau berkata, agensi kerajaan termasuk Tentera Udara Singapura bekerja sepanjang masa untuk mengedarkan topeng muka kepada mereka yang memerlukan.

"Saya memberitahu penduduk, syukurlah, langit cerah sekali lagi hari ini, tetapi kita mesti menjangkakan jerebu akan kembali. Bantulah sesama sendiri dan jiran anda, terutama golongan tua dan kanak-kanak. Saya berpendapat ia terpakai kepada kita semua," kata beliau dalam posting menerusi Facebook.

Singapura telah dilanda keadaan berjerebu sejak 13 Jun, mencapai kemuncak pada tengah hari Khamis, dengan bacaan IPU bagi tempoh tiga jam meningkat ke 401 pada tahap berbahaya.

NEA meramalkan keadaan angin semasa berterusan untuk beberapa hari.

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain