Pelakon 'I Love Lucy', Doris Singleton Meninggal Dunia

LOS ANGELES: Aktres Doris Singleton, yang memegang watak Lucy dan jiran kepada Ricky Ricardo dalam rancangan "I Love Lucy," meninggal dunia.

Beliau berusia 92 tahun.

Lucie Arnaz, anak perempuan kepada Lucille Ball dan Desi Arnaz, mengesahkan kematian di halaman Facebook beliau.

Singleton meninggal dunia pada Selasa, pada hari yang sama penulis dan pengarah Nora Ephron meninggal dunia.

Arnaz menulis untuk kedua-dua mereka: "Mereka disayangi dan dihargai serta akan dirindui."

Singleton muncul dalam berpuluh-puluh rancangan TV pada tahun 1950-an, 60-an dan 70-an, termasuk rancangan "Perry Mason", "My Three Sons" "All in the Family" dan "Hogan's Heroes"

Artikel Berikut

Afghanistan Dahagakan Pelaburan

Artikel Lain