suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan Rampasan Pesawat Di Barat China Gagal

BEIJING: Sebuah laman web kerajaan berkata, penumpang dan anak kapal dalam pesawat Xinjiang, barat China telah berjaya menggagalkan cubaan enam individu yang mahu merampas kapal terbang itu.

Portal berita Tianshan berkata, percubaan rampasan itu dibuat sejurus selepas pesawat itu berlepas pada Jumaat dari Hotan ke Xinjiang ibu negeri Urumqi.

Laman berita kerajaan serantau berkata, enam suspek tersebut telah ditahan oleh pihak polis selepas pesawat itu kembali dengan selamat di Hotan tetapi tidak memberi sebarang butiran lain.

Laporan itu tidak menjelaskan etnik kesemua suspek.

Baru-baru ini berlaku ketegangan antara etnik Uighur dan pihak berkuasa di Hotan.

Puak Uighurs berkata, mereka membenci kerajaan kerana menguasai ke atas agama dan budaya mereka. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain