suria

Bangkai Pesawat Di Glasier Alaska Milik Tentera 1950an

ANCHORAGE, Alaska: Bangkai pesawat tentera yang dijumpai pada bulan ini di glasier yang merupakan timbunan ais di Alaska merupakan pesawat tentera yang terhempas pada tahun 1952, mengorbankan kesemua 52 penumpang, kata pegawai tentera pada Rabu.

Kapten Jamie Dobson berkata, bukti dijumpai pada lokasi nahas mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat C-124A Globmaster, tetapi pihak tentera tidak menolak kemungkinan lain kerana lebih banyak siasatan perlu dilakukan.

Antara lain, Dobson berkata, memproses sampel DNA daripada ahli keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat itu akan mengambil masa sehingga enam tahun.

“Kami masih berada di peringkat awal siasatan,” kata beliau.

“Ia hampir kepada permulaan, bukan di bahagian akhir.”

Tentara Alaska menjumpai bangkai dan dikatakan beberapa tulang pada 10 Jun lalu di sebuah glasier kira-kira 40 batu dari Anchorage.

Dobson berkata, bangkai berkenaan dikatakan sebuah pesawat penumpang yang membawa 41 penumpang dan 11 anak kapal, yang hilang pada 22 November 1952 tetapi tertimbus di bawah salji. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain