suria

Mafia Goodfellas Meninggal Dunia

LOS ANGELES: Henry Hill, seorang anggota kumpulan jenayah terancang mafia yang berpaling tadah menjadi saksi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan seterusnya menjadi inspirasi kepada filem laris `Goodfellas', meninggal dunia di sini pada usia 69 tahun, Rabu.

Menurut laman web selebriti TMZ, kekasihnya mengesahkan berita tersebut dan memberitahu Hill meninggal dunia di sebuah hospital di sini.

Kisah kehidupan Hill yang terlibat dalam kancah mafia selama 20 tahun menjadi inspirasi kepada pembikinan filem ‘Goodfellas’ pada 1990 dan pelakon Ray Liotta memegang watak utama.

Hill mula terjebak dalam kancah mafia sebagai anggota keluarga mafia Lucchese di New York.

Antara kisah keganasan Hill yang mendapat perhatian media termasuklah kes rompakan Lufthansa pada 1978.

Namun, Hill berubah menjadi pemberi maklumat kepada FBI pada 1980 selepas ditahan polis atas dakwaan dadah dan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Artikel Lain