suria

Israel Akan Lakukan Pemindahan Besar-Besaran Jika Tel Aviv Diserang

TEL AVIV: Israel akan melakukan eksesais pemindahan besar-besaran keseluruhan penduduk ibu negara mereka itu seandainya dibedil oleh misil.

Ketua Wilayah Tengah Israel, Kolonel Adam Zusman berkata, langkah tersebut adalah pasti.

Bercakap dalam satu temuramah dengan agensi berita AFP, Kolonel Adam juga menegaskan, Israel akan sentiasa menganggap yang ia berada di dalam ancaman serangan oleh musuh-musuh tradisinya seperti Iran dan Hezbullah dari Lebanon serta Hamas dari Gaza.

"Kami sentiasa berwaspada jika berlaku peperangan, beratus misil mungkin akan ditembak ke arah Tel Aviv dan bandar-bandar berhampiran dengannya dan jika tidak dilakukan pemindahan secara besar-besaran, ramai yang akan menjadi mangsa.

"Dan seandainya berlaku perang, tidak ada siapa yang boleh menikmati kopi di Dizengoff," katanya sambil merujuk kepada nama jalan yang popular dengan hidangan kopi pada waktu petang di pinggir bandar ini.

Katanya, masyarakat awam Israel harus menerima hakikat bahawa nyawa mereka akan sentiasa terancam.

Menurut beliau, walaupun Israel memiliki sistem pengesan pesawat dan misil yang paling canggih di dunia tetapi itu pun masih belum memberi jaminan yang sistem itu akan dapat mengesan setiap satu misil yang ditembak ke arah mereka oleh musuh jika ia dilakukan dalam jumlah yang besar.

Artikel Lain