suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ubat gigi tanpa fluorida dianggap lebih baik, jangan pandang ringan kepentingan bahan ini

Pilih ubat gigi berflorida untuk mengelakkan diserang bakteria pada bahagian tersebut. -Gambar hiasan AI

PERKONGSIAN artis Atikah Suhaime mengenai penggunaan ubat gigi tanpa fluorida mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Atikah mempersoalkan ada individu yang memilih ubat gigi tanpa fluorida kerana bimbang penggunaannya boleh menyebabkan gigi cepat rosak.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian Klinik Pergigian Premium yang tampil menjelaskan fluorida dalam ubat gigi cukup membantu menguatkan gigi dan mencegah kerosakan gigi.

Penjelasan mengenai kepentingan fluorida itu selari dengan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini dalam satu perkongsian di Facebook.

Menurut KKM, bahan ini penting untuk kesihatan pergigian kerana dapat membantu mencegah gigi berlubang atau risiko karies gigi.

Fluorida boleh menjadikan lapisan gigi lebih tahan terhadap asid dihasilkan bakteria.

Justeru, orang ramai tidak sepatutnya mudah terpedaya dengan mitos mengenai fluorida di dalam ubat gigi kerana bahan itu sebenarnya penting dalam membantu melindungi gigi daripada kerosakan.

Artikel Lain