suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Pegawai Keselamatan Britain Cedera Diserang Bom Tangan Di Libya

BENGHAZI: Konvoi diplomatik Britain diserang bom tangan roket di timur badar Libya lewat petang Isnin, mencederakan dua pengawal keselamatan, kata pegawai tempatan.

Saksi kejadian, wartawan AFP berkata, beliau melihat kenderaan perisai putih dengan plat diplomatik diletakkan di luar konsulat Britain di sini. Terdapat darah di bahagian kerusi penumpang hadapan.

"Satu konvoi yang membawa Duta British ke Libya (Dominic Asquith) terbabit dalam insiden yang serius di Benghazi petang ini," kata jurucakap kedutaan.

"Dua pegawai keselamatan cedera dalam serangan itu manakala semua kakitangan lain selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami bersama-sama pihak berkuasa Libya sedang berusaha untuk mencari individu yang bertanggungjawab dalam serangan itu," katanya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain