Tayangan Perdana Dokumentari Tentang Presiden AS Ke-41 - Dunia | mStar

Tayangan Perdana Dokumentari Tentang Presiden AS Ke-41

George H.W Bush. Foto Getty Images
George H.W Bush. Foto Getty Images

KENNEBUNKPORT, (Maine): Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), George H.W Bush berkata, adalah sesuatu yang baik apabila ibunya tidak turut serta dalam tayangan perdana sebuah dokumentari HBO mengenai kehidupannya.

Bush berkata, ibunya telah mengajar beliau supaya mengelakkan daripada bercakap tentang diri sendiri dan dokumentari berjudul “41” adalah mengenai Bush secara peribadi.

Bush merupakan Presiden AS yang ke-41.

Ia ditayangkan pada Selasa di Kennebunkport, Maine, berhampiran dengan kediamannya pada musim panas.

Bush, yang beusia 88 tahun pada Selasa telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya sebahagian daripada setiap musim bunga di Kennebunkport sejak kecil lagi kecuali sewaktu beliau sedang berkhidmat sebagai pegawai tentera laut pada Perang Dunia Kedua. - AP

Artikel Sebelum

Syria Di Ambang Perang Saudara

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain