suria

83 Terbunuh Serangan Terbaru Di Syria

BEIRUT: Seramai 83 orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan bom terbaru di seluruh negara Syria termasuk 20 maut di Bandar Daraa yang turut membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Badan hak asasi manusia Syria mendakwa sembilan wanita dan tiga kanak-kanak antara yang maut dalam serangan bom ke atas kawasan penempatan penduduk di selatan bandar Daraa.

Berpuluh lagi cedera dengan ada yang dilaporkan parah apabila serangan dilakukan ke atas bandar kelahiran Presiden Bashar al-Assad itu oleh tentera rejimnnya.

Di kawasan tengah Syria, seramai 29 orang maut dalam serangan bom di Bandar Homs oleh tentera kerajaan. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain