suria

Myanmar Kenakan Perintah Berkurung Kerana Rusuhan

YANGON: Myanmar pada Ahad mengenakan perintah berkurung di Sittwe, ibu negeri Rakhine atas kebimbangan terhadap pergolakan yang berterusan berikutan rusuhan antara dua kumpulan agama yang berlainan.

“Ada orang yang cuba untuk membahayakan keselamatan awam dan kedaulatan undang-undang. Kami percaya mungkin terdapat beberapa pertempuran,” kata laporan yang disiarkan di televisyen dan radio.

Tiga bandar lain turut diletakkan di bawah perintah berkurung antara pukul 6 petang sehingga 6 pagi (waktu tempatan).

Satu rusuhan berlaku pada Jumaat dan Sabtu lepas yang menyaksikan beratus-ratus rumah penduduk dibakar dan dilaporkan tujuh kematian berlaku di negeri yang bersempadan dengan Bangladesh itu.

Menurut media rasmi, unit polis dan tentera diarahkan untuk menangani keadaan yang huru-hara di mana 17 orang turut cedera dan hampor 500 rumah musnah. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain