suria

Anugerah Luminary Channel NewsAsia 2012 Hargai Usahawan Unggul Asia

SINGAPURA: Empat daripada usahawan terunggul Asia akan diraikan pada Anugerah Luminary Channel NewsAsia malam Jumaat.

Usahawan-usahawan itu masing-masing akan diberikan anugerah-anugerah berikut:

Anugerah Luminary Inovasi, Anugerah Luminary Alam Sekitar, Anugerah Luminary Perniagaan Masa Depan dan Anugerah Luminary Pencapaian Sepanjang Hayat.

Penerima-penerima anugerah itu telah mencipta kelainan dengan menunjukkan inovasi dalam ide-ide perniagaan, menerajui amalan perniagaan hijau dan memupuk semangat keusahawanan dalam Asia, kata Channel NewsAsia dalam satu kenyataan.

Penerima-penerima anugerah itu dipilih daripada satu senarai pendek yang dihasilkan melalui penggunaan alat penanda aras sistemik pertama Asia, untuk menilai amalan syarikat-syarikat besar.

Channel NewsAsia membangunkan sistem itu dengan kerjasama Deloitte Analytics, GreenA Consultants dan Univesiti Pengurusan Singapura.

Syarikat-syarikat di Asia mengambil bahagian dalam tinjauan menyeluruh dalam talian yang mengukur kualiti inovasi, amalan hijau dan potensi perniagaan pada masa hadapan.

Satu panel juri bebas, terdiri daripada perangka strategi pengurusan, ahli akademik dan pemimpin korporat yang tersohor di dunia membincangkan selanjutnya prestasi keseluruhan syarikat-syarikat ini untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori.

Menurut kenyataan itu, Pengarah Urusan, Debra Soon, berkata: "Ini menentukan penanda aras bagi amalan profesional korporat". - BERNAMA

Artikel Lain