suria

Bangladesh Tumpaskan Perdangangan Ginjal Haram Di Asia Tenggara

NEW DELHI: Polis Bangladesh melancarkan operasi menumpas perdagangan ginjal haram di beberapa negara Asia Tenggara, selepas tertangkapnya lapan suspek yang terlibat mempengaruhi mangsa-mangsa yang buta huruf.

Penyiasat mengenalpasti sebuah hospital antarabangsa terkenal dengan cawangan di beberapa ibu wilayah utama, di mana penderma dari kampung-kampung terpencil di Bangladesh diterbangkan untuk menjual organ mereka.

"Lapan yang terlibat itu ditahan di penjara sekarang. Kami mendapat maklumat hospital ini mempunyai cawangan di India, Malaysia dan Indonesia. "Sebuah agensi di Dhaka terlibat dalam aktiviti transplan ginjal haram. Ramai mereka yang buta huruf dan menanggung banyak hutang dibawa ke luar negara di mana transplan dilakukan.

"Ada kemungkinan mereka telah melawat negara-negara ini," Mozammel Haque, Superintenden Polis Joypurhat memberitahu Bernama menerusi telefon pada Rabu.

Setiap mangsa dibayar antara US$2,000 (RM6,000) dan US$3,000 (RM9,000) untuk setiap ginjal, tetapi tidak pasti berapa harga organ itu di pasaran gelap, kata beliau.

Media Bangladesh melaporkan sekurang-kurangya 100 orang menjadi mangsa sindiket antarabangsa ini, yang membabitkan pakar-pakar perubatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Taufan Roke Landa Jepun, 10 Terbunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain