suria

Beribu-ribu Pengguna Terkandas Tren Tergendala

SINGAPURA: Beribu-ribu pengguna komuter di sini terkandas pada waktu sibuk hari ini selepas bekalan tenaga terputus menyebabkan perkhidmatan tren ke semua 16 stesen di laluan Circle Line tergendala.

Penyedia perkhidmatan awam SMRT menyatakan perkhidmatan mula tergendala kira-kira 5.30 pagi yang kemudian dipulihkan berperingkat-peringkat mulai 8 pagi dan semua perkhidmatan pulih sepenuhnya sejurus sebelum 10 pagi. Perkhidmatan tren dari Dhoby Ghaut ke Marymount telah disambung semula dan laluan terakhir dipulihkan adalah antara stesen Dakota dan Mounbatten.

Difahamkan walaupun perkhidmatan berjalan lancar di kebanyakan stesen, kelewatan masih terjadi di beberapa tempat.

SMRT menyatakan penumpang yang tidak dapat menghabiskan perjalanan mereka akibat gangguan perkhidmatan itu boleh menuntut dikembalikan wang tambang dari mana-mana pusat khidmat penumpang di 68 stesen MRT dalam tempoh tiga hari bekerja berikutnya. Gangguan perkhidmatan itu adalah yang pertama dialami oleh Circle Line sejak laluan kedua dari Bartley ke Dhoby Ghaut itu dibuka April tahun lepas.

Laluan pertama antara Bartley ke Marymount dibuka pada Mei 2009. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain